Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Muka Arab', baju tentera Israel, jadi jualan Halloween
Diterbitkan:  Oct 30, 2015 10:00 AM
Dikemaskini: 2:05 AM

Halloween terkenal sebagai hari berpakaian seram yang disambut setiap 31 Oktober di negara barat.

Pelbagai kostum dan hiasan, yang meniru watak-watak seram dan hantu tempatan, biasanya digunakan.

Bagaimanapun, siapa sangka kini baju pakaian seragam tentera Israel serta topeng memaparkan wajah orang Arab, menjadi salah satu kostum baru dalam pasaran.

Penjualan itu kini berdepan kecaman selepas didakwa melampau dan berunsur perkauman.

Ia memaksa Wal-Mart, syarikat dengan pekerja teramai di Amerika Syarikat, menarik balik jualannya.

Portal jualan atas talian terkemuka Ebay pula memberitahu AFB bahawa mereka mengambil tindakan sama terhadap topeng Arab.

Ketegangan memuncak Palestin-Israel

Manakala Amazon terus menyenaraikan barangan itu untuk jualan selain enggan mengulas isu itu.

Topeng itu muncul selepas konflik baru meletus antara Rakyat Palestin dan Israel.

Sehingga Khamis, sekurang-kurangnya 60 rakyat Palestin, sembilan Israel dan seorang lelaki Arab warganegara Israel terkorban dalam ketegangan sejak tiga minggu lalu.

Amazon mengiklankan seragam tentera itu dengan harga AS$10.50 (RM45.30) termasuk penghantaran percuma, bagi pembelian lebih AS$35 (RM150.99) di portal itu.

Manakala pakaian seragam tentera Israel itu pula dijual dengan harga AS$29.99 (RM129.38) Jawatankuas Antidiskriminasi Arab di Amerika Syarikat (ADC) menyambut baik penarikan barangan itu oleh Wal-Mart dan mendesak penjual lain mengambil langkah sama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS