Tak perlu nafi, jawab polis dan di mahkamah, kata Zahid

Zikri Kamarulzaman        

PARLIMEN l Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menafikan beliau adalah dalang yang mengaturkan perjumpaan antara Nurul Izzah Anwar dan Jacel Kiram yang mengisytiharkan dirinya sebagai puteri Sulu.

“Tidak perlu menafikan dalam media, sila jawab kepada polis apabila kenyataan akan diminta daripada beliau.

“Sila beri keterangan dan (buat) penafian di mahkamah kalau tidak terlibat,” katanya mengulas kenyataan Tian yang juga adalah ahli parlimen Batu memintanya menarik balik kenyataan yang menuduh dirinya.

“Saya tidak berhasrat untuk menarik balik (tuduhan bahawa beliau adalah dalang).

“Beliau jawab la, beliau sahaja yang tahu,” katanya merujuk kenyataan Chua, yang mengancam untuk mengambil tindakan terhadap timbalan perdana menteri itu.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In