Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Wira vape’ membisu titah sultan tutup operasi

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas mengenai titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu larangan penjualan vape di negeri Johor.

“Tiada komen,” katanya ringkas kepada Malaysiakini .

Ismail yang juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno sebelum ini lantang membantah arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mahu cecair perisa vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

Katanya, ini kerana kebanyakan farmasi dimiliki oleh syarikat besar termasuk dari luar negara dan tindakan itu akan membunuh perniagaan vape anak muda tempatan.

Ismail Sabri berkata, beliau tidak seharusnya dicap sebagai rasis semata-mata kerana beliau menyuarakan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

"Mungkin saya telah dicop rasis tetapi prinsip saya senang... kita bela kaum kita dan jangan tindas kaum lain. Selagi itu dilakukan, bagi saya tidak ada salah dengan apa yang saya lakukan,” katanya.

Alasan Ismail Sabri hari ini, adalah beliau tidak mahu mencampuri urusan Kementerian Kesihatan.

“Biar kementerian kesihatan (komen), nanti saya cross (campuri urusan) kementerian lain,” katanya dalam sidang media Kongres Pemerkasaan Luar Bandar di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur.

Menerusi kemas-kini di Facebook, Ismail Sabri juga berkata beliau mahu produk vape Malaysia dikenali di seluruh negara.

Katanya, anak muda dan usahawan Melayu/bumiputera harus untuk terus menghasilkan perisa yang terbaik tanpa menggunakan bahan terlarang.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Ahad lalu bertitah larangan penjualan vape harus dikuatkuasakan dan semua premis yang menjual vape diberi tempoh sehingga 1 Januari depan untuk menutup operasi mereka.

Lihat Komen
ADS