Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP minta menteri jelaskan kenaikan tambang KLIA Express
Diterbitkan:  Dec 2, 2015 11:35 AM
Dikemaskini: 3:39 AM

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming membidas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan menuntut penjelasan mengapa beliau membenarkan tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke KLIA2 dinaikkan menjadi RM55 daripada RM35.

Menurut pemimpin DAP itu, sejak pembukaan rel lanjutan ke KLIA2, KLIA Express menyaksikan peningkatan hampir 40 peratus dalam jumlah penumpang sehingga enam unit kereta api baru terpaksa ditempah pada akhir 2014.

Katanya, peningkatan dalam bilangan penumpang pasti akan meningkatkan pendapatan dan keuntungan KLIA Express.

"Selain itu, saya ingin nyatakan bahawa kos pembinaan lanjutan ke KLIA2 yang bernilai RM100 juta dibayar sepenuhnya oleh kerajaan.

"Ini bermakna bahawa KLIA Express menikmati keuntungan dari segi kewangan daripada peningkatan dalam bilangan penumpang tanpa perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan modal tambahan," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, syarikat itu mengumumkan bahawa tambang baru bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA dan ke KLIA2 ialah RM55, berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan.

Ia menyaksikan kenaikan kadar tambang sebanyak 57 peratus - dari RM35 kepada RM55.tambang KLIA ekspres akan meningkat.

Ong berkata bukan sahaja penumpang yang menggunakan laluan ke KLIA dan KLIA2 yang akan terjejas dengan kenaikan harga tiket itu tetapi penumpang dari KL Sentral yang mahu ke Putrajaya/Cyberjaya juga akan menerima tempiasnya.

Mereka akan mengalami kenaikan harga RM4.50 iaitu dari harga tiket RM9.50 sekarang kepada RM14. Ini adalah peningkatan sebanyak 47 peratus.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS