Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mendedadahkan bahawa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memberi amaran kepada kerajaan agar tidak membincangkan siasatan derma RM2.6 bilion kerana ia akan menjadi subjudis.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak tampil menjelaskan sumbangan derma itu yang berada di akaun bank peribadinya.

"Kerajaan dinasihatkan oleh peguam negara bahawa perkara yang berkaitan dengan siasatan tidak boleh dibincangkan. Ini akan menjadi subjudis," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

"Oleh itu, kerajaan membuat keputusan untuk menjawabnya dalam satu kenyataan kementerian, untuk memaklumkan kepada Dewan Rakyat berhubung status terkini," katanya.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada nasihat peguam negara juga adalah alasan di sebalik rumusan tiga minit yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang langsung tidak mendedahkan sebarang fakta baru berhubung isu kontroversi berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS