Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tulisan di blog: Zaid bakal didakwa esok
Diterbitkan:  Dec 3, 2015 4:30 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung tulisannya di blog baru-baru ini.

Peguam Zaid, M Puravalen mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa anak guamnya diarahkan ke Balai Polis Dang Wangi petang ini dan diberikan notis rasmi supaya hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi esok.

"Mereka (polis) ambil gambar dan cap jari," kata Puravalen dalam mesej teks.

Zaid kemudiannya memberitahu wartawan di luar Balai Polis Dang Wangi bahawa beliau bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Saya bersedia. Dalam sebuah negara demokrasi, kita harus mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan untuk kebaikan negara ini," katanya.

Sebelum ini, dilaporkan Zaid menghadapi tuduhan mengikut Akta Hasutan berhubung ucapan beliau di Kelab Diraja Selangor pada bulan September lalu.

Teks penuh ucapan beliau dimuat naik di blog di bawah posting bertajuk "Rally behind Tun Dr Mahathir Mohamad".

Zaid, ketika berucap, menggesa rakyat untuk berdiri teguh di belakang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS