Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akta baru MKN - Shahrir kecewa terima memo Ambiga

Hasrat sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu ahli parlimen BN melakukan sesuatu supaya kerajaan menangguhkan rang undang-undang kontroversi Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 tidak membuahkan hasil.

Ini khususnya apabila Ketua Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad memberitahu mereka, beliau merasa terhina dengan memorandum yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk S Ambiga.

Kejadian berlaku di luar bangunan Parlimen apabila kumpulan itu cuba untuk mendapatkan persetujuan Shahrir untuk memujuk wakil rakyat BN supaya menangguhkan rang undang-undang itu demi kepentingan rakyat.

"Adakah awak cuba menghina saya? Awak kata saya tidak ambil berat tentang rakyat. Saya tidak akan berdiri di sini untuk dihina oleh awak," kata Shahrir dengan kecewa.

Beliau terus meluru tetapi sempat memulangkan memorandum itu kepada Ambiga.

Bercakap kepada media, Ambiga berkata Shahrir tidak dapat menerima kritikan.

Ahli Parlimen enggan terima memorandum oleh kinitv

"Bagi saya, apa yang berlaku bukan mencerminkan dirinya saya dirinya," kata beliau sambil menambah Shahrir lazimnya mengaturkan pertemuan di antara NGO dan kerajaan.

"Beliau hanya marah. Saya harap beliau akan mempertimbangkannya semula dan memonta wakil rakyat BN untuk menangguhkan rang undang-undang itu. Saya merayu kepadanya," kata bekas presiden Majlis Peguam itu.

Ambiga hadir bersama Pengerusi BERSIH , Maria Chin Abdullah, Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dan sepuluh wakil NGO lain.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS