Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB: Tak seperti Mahathir, kami berurusan atas fakta
Diterbitkan:  Dec 3, 2015 6:00 PM
Dikemaskini: 4:22 PM

Tanpa menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad menjaja fiksyen, 1MDB berkata syarikat pelaburan negara itu lebih gemar berurusan berasaskan fakta.

Firma itu mengulas catatan blog bekas perdana menteri itu yang menuntut bukti bahawa RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukannya berasal daripada dana 1MDB.

Dr Mahathir juga dalam tulisannya itu menyenaraikan beberapa soalan untuk 1MDB dan menuduh firma yang diilhamkan oleh Najib itu terus mengelirukan rakyat.

"Tidak seperti Dr Mahathir, yang bergantung kepada andaian, 1MDB lebih gemar berurusan dengan fakta," kata firma milik negara itu dalam satu kenyataan media.

"Bekas ahli politik yang sudah bersara itu terus mengulangi dakwaan usang yang terbukti tidak berasas berdasarkan kepada andaian dan bukannya bukti seperti yang beliau sendiri akui," katanya.

Menurut 1MDB, Dr Mahathir secara jelas menunjukkan beliau memandang hina dan rendah terhadap pelbagai agensi yang sedang menyiasat 1MDB.

"Selepas 22 tahun berkuasa, dalam fikirannya, hanya Dr Mahathir sahaja yang betul.

“Ini walaupun beliau terbukti tersilap mengenai dakwaan RM42 bilion hilang dan dengan selamba mengaku tidak mempunyai bukti apabila ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis terhadap 1MDB," petik kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, adalah suatu fakta yang diketahui umum bahawa pada 4 Mac, kabinet mengamanahkan tugas kepada Ketua Audit Negara untuk menyemak akaun 1MDB yang lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS