Semalam menjadi malam yang paling sukar buat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim setelah adindanya pulang ke rahmatullah.
“Kepada adikku yang dikasihi, dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya.
“Kita semua amat sayang dan rindukan kamu,” kata Tunku Ismail.
Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam semalam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bharu akibat kanser.
Dalam tulisan di Facebook Johor Johor Southern Tigers, Tunku Ismail mengambil kesempatan menyatakan kerinduannya terhadap pemergian almarhum.
“Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku,” katanya.
Beliau mengingatkan sifat baik Tunku Abdul Jalil yang penyayang dan rendah diri.
“Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku.
“Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu,” tulis baginda lagi.
Bernama melaporkan, almarhum disahkan menghidapi kanser hati tahap empat sejak Disember tahun lepas dan pernah menjalani pemindahan hati di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China.
Bagaimanapun, penyakit almarhum dilaporkan kembali menyerang sejak awal tahun ini.
Kepada adikku yang dikasihi... Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, 5 December 2015
