5 remaja hadapi tuduhan rogol gadis 14 tahun

   

Lima remaja lelaki termasuk seorang juvana mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, September lepas.

Muhammad Nuzul Ikhram Nurallail, 19, Mohamad Ridzuan Mohd Asri, 19, Muhammad Saiful Fauzi, 18, Muhammad Azlan Md Lazan, 19, serta juvana berumur 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Kesemua mereka bersama-sama seorang lagi yang masih bebas dituduh merogol remaja perempuan berumur 14 tahun di tandas awam taman rekreasi, Taman Setia Tropika, Kempas, di sini, kira-kira pukul 12.30 malam hingga pukul 2 pagi 30 September lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim dan tiada jaminan ditawarkan terhadap kesemua mereka.

Mohamad Haldar menetapkan 30 Disember ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

- Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In