Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rahman Dahlan fail saman terhadap Malaysiakini

Menteri Datuk Abdul Rahman telah mengarahkan peguamnya memulakan tindakan untuk memfailkan saman terhadap Malaysiakini selepas gagal menerima jawapan yang memuaskan berhubung laporan berkaitan kenyataan beliau mengenai migrasi penduduk dari bandar ke luar bandar.

Abdul Rahman, dalam surat tuntutan bertarikh 24 November, meminta Malaysiakini dan wartawannya menarik balik laporan tersebut dan memberi akujanji untuk tidak menyiarkannya lagi.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa tindakan saya pada hari ini bukan untuk menyekat kebebasan media tetapi sebagai peringatan kepada portal-portal berita online supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan sesuatu berita dan tidak mengkompromi fakta.

"Sesungguhnya saya percaya portal-portal media online mempunyai tanggungjawab sebagai satu institusi check and balance, maka mereka bertanggungjawab untuk melaporkan berita secara telus," katanya dalam satu kenyataan.

Laporan itu berdasarkan satu tinjauan berdasarkan kenyataan Abdul Rahman mengenai migrasi penduduk dari bandar ke luar bandar.

Orang ramai ditanya respons mereka selepas ditunjukkan satu video Astro Awani di mana Abdul Rahman menjawab soalan mengenai migrasi penduduk dari bandar ke luar bandar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS