Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memutuskan untuk menarik balik tuduhan terhadap pengarah syarikat National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail kerana tidak ada bukti yang mencukupi.

Sebelum ini Jabatan Peguam Negara menarik balik tuduhan terhadap Mohamad Salleh selepas mengkaji surat representasi yang dikemukakan oleh peguam itu pada 4 November lalu.

"Saya mengikuti amalan dipraktikkan oleh bekas bos saya (bekas Peguam Negara) Tan Sri Abu Talib Othman.

"Jika terdapat lebih daripada 90 peratus bukti, maka kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran buku Proses Litigasi Jenayah: Edisi Ketiga di Kelab Diraja Selangor di Kuala Lumpur hari ini.

Apandi ketika ditanya mengapa memutuskan untuk menarik balik tuduhan terhadap Mohamad Salleh, katanya, beliau bersetuju bahawa bukti yang diberikan tidak mencukupi.

Tambahnya, pihak mahkamah biasanya mengkaji semula sesuatu kes jika peguam mengemukakan bukti dan sekiranya representasi itu wajar, pihaknya akan tunduk kepada perkara tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir berkata pihak pendakwaan telah menarik balik tuduhan terhadap Salleh di bawah Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

Lihat Komen
ADS