Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita gesa Muhyiddin, Dr M, Shafie kembali ke landasan Umno

Wanita Umno hari ini menggesa agar bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal supaya kembali kepada landasan Umno.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak mahu orang Melayu dikuasai DAP akibat tindakan pemimpin yang menentang Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

“Dengan segala hormatnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie, dan bapa yang kita hormat Tun Mahathir bersama-samalah dalam Umno, betul tak... bersama-samalah dalam Umno.

“Tidak ada parti lain, nak serah orang Melayu Bumiputera kepada DAP ke, saya tidak sanggup, biar darah mengalir, kita tidak akan biar DAP ambil alih negara kita, Umno lemah DAP ambil negara kita nauzubillah,” kata Shahrizat dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Wanita Umno 2015.

Kata Shahrizat lagi, beliau menerima keputusan Najib untuk menggugurkan Muhyiddin daripada dari jawatan timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau menyokong Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno.

“Kita (wanita) sangat jelas… kita tidak pernah menduakan Najib, kita sokong Muhyiddin sebagai timbalan presiden (Umno).

“Kita terima keputusan PM kerana itu keputusan PM dia nak tukar timbalan PM betul tak,” katanya kepada perwakilan yang hadir.

Dalam pada itu Shahrizat turut menyeru supaya ahli Umno yang lain terus kekal bersama parti itu dan menyokong kepimpinan Najib.

“Masuk baliklah barisan, masuk balik barisan... kalau dah terkeluar, masuk balik barisan,” katanya.

Lihat Komen
ADS