UiTM, polis anjur seminar ancaman Kristianisasi
Sebuah seminar menolak Kristianisasi diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kampus Lendu, Melaka, pada Sabtu, melibatkan pembentang daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Gambar seminar itu beredar di media sosial sejak Sabtu pagi, dengan layar persembahan menunjukkan tajuk “Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi”.
Logo PDRM dinyatakan dalam slaid itu.
Ketua polis Melaka Chua Ghee Lye berkata seorang pegawai Cawangan Khas daripada Bukit Aman hadir sebagai pembentang dalam acara itu.
Menurutnya, seminar itu menyentuh cubaan menukar agama umat Islam ke agama lain di negara ini.
“Ia bertujuan menguatkan akidah umat Islam, terutamanya di kalangan pelajar universiti,” katanya kepada Malaysiakini melalui pesanan WhatsApp.

