Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peguam mewakili Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan setiausaha kerjanya Datuk Abdul Rauf Yusof hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bekas anggota wanita Umno Langkawi Anina Saadudin tidak mempunyai hak undang-undang membolehkan samannya didengar.

Datuk Mohd Hafarizam Harun berhujah mahkamah tidak boleh mendengar kes itu kerana ia berada di luar bidang kuasa berhubung perkara berkaitan dengan parti politik.

"Apabila Anina memohon injuksi untuk menghalang Umno menggantung atau mengambil tindakan terhadap saman difailkanya, beliau sudah meminta mahkamah memasuki hal parti politik.

"Ini bertentangan dengan Seksyen 18 C Akta Pertubuhan 1966, di mana mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman itu.

"Tambahan pula, masa ini Anina memfailkan saman terhadap presiden parti," kata Hafarizam.

Hafarizam berkata demikian ketika berhujah di depan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab.

Menurut Hafarizam, Anina tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk memulakan saman itu kerana Seksyen 9 (c) Akta adalah sama dengan Seksyen 18 C Akta Pertubuhan 1966.

"Anina bukan pegawai awam Umno yang telah diisytiharkan dan sewajarnya didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Oleh itu dia tidak kompeten untuk memulakan tindakan ini terhadap defendan," hujah Hafarizam.

Hafarizam juga menyebut keputusan Pesuruhjaya Kehakiman S Nantha Balan yang memerintahkan pembatalan saman difail Ainina berhubung pemecatannya sebagai anggota parti politik itu seperti mana dua surat bertarikh 1 dan 2 September 2015.

Justeru, mahkamah tidak boleh mencampuri hal-ehwal sesebuah parti politik.

Sementara itu, peguam Anina, Haniff Khatri Abdullah memberitahu mahkamah bahawa Ainina masih anggota parti ketika beliau memfailkan saman tersebut.

Oleh itu, mahkamah perlu mengambil kira kes berkenaan apatah lagi ia bukan untuk kepentingan peribadi Ainina sebaliknya untuk kepentingan Umno sendiri.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS