59 mangsa banjir masih berada di Pusat Pemindahan Ledang
Seramai 59 orang daripada lapan keluarga
dari dua buah kampung masih berada di pusat pemindahan di Ledang setakat pukul
4.00 petang.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Ledang, Staf Muda (PA) Mohd Shahrizan Ab Azizberkata jumlah mangsa melibatkan 26 orang lelaki, 17 wanita,
lima kanak-kanak lelaki, tujuh kanak-kanak perempuan, tiga bayi lelaki dan
seorang bayi perempuan.
Beliau berkata kesemua mereka dari Parit Ponorogo dan Tanjung Gading
ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Bunga berikutan kawasan mereka dinaiki
air ekoran hujan lebat 2 petang semalam.
Katanya kemungkinan pusat itu ditutup esok sekiranya hujan tidak lagi turun
hari ini.
Sementara itu Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Ledang, Suhaila
Omar berkata pihaknya telah menyediakan khemah dan tilam lebih selesa untuk
warga emas dan bayi.
-
Bernama

