Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mengapa Akta MKN tiada dasar keselamatan negara?
Diterbitkan:  Dec 17, 2015 12:24 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

Pemimpin agama di negara ini mahu Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan kerajaan baru-baru ini ditangguhkan atau dipinda supaya dasar keselamatan negara yang sepatutnya boleh digubal dan diikuti.

"Rang undang-undang itu mesti membenarkan tindakan undang-undang di mahkamah, supaya sebarang salah guna boleh disekat.

"Dalam demokrasi, kuasa seluas itu tanpa sekatan dan imbangan tidak boleh diberikan kepada sebuah entiti," kata Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) dalam satu kenyataan media.

Menurut kumpulan itu, rang udang-undang itu lebih tertumpu kepada memberi kuasa kepada perdana menteri dan penggubalnya benar-benar lupa untuk mensyaratkan MKN menghasilkan satu dasar keselamatan negara.

"Difahamkan bahawa kerajaan telah tidak mengeluarkan apa-apa dokumen mengenai dasar keselamatan negara sehingga hari ini," kata kenyataan itu lagi.

Ia ditandatangani oleh enam pemegang jawatan kumpulan itu iaitu presidennya Datuk Seri Jit Heng, timbalannya Datuk RS Mohan Shan, naib presiden Sebastian Francis, Sardar Jahir Singh, Daozhang Tan Hoe Chieow dan Setiausaha Agung Kehormat Prematilaka Serisana.

Sekiranya rang undang-undang MKN tidak digantung dan dasar keselamatan negara tidak digubal, badan agama itu mencadangkan agar anggota MKN diperluas bagi merangkumi perwakilan daripada parti-parti komponen BN.

Ini perlu termasuk menteri-menteri dari Sabah dan Sarawak supaya dasar keselamatan negara mengambil kira kepentingan semua, kata mereka.

"Jika rang undang-undang ini tidak digantung maka ia perlu dipinda untuk memasukkan menteri kabinet dari parti-parti komponen BN yang lain supaya dasar keselamatan negara boleh digubal dan diikuti," kata mereka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS