Pekerja kuari maut dihempap forklift
Diterbitkan: Dec 18, 2015 5:58 AM | Dikemas kini: Dec 18, 2015 6:00 AM
Seorang pekerja kuari warga Indonesia maut selepas forklift dipandu terbalik dan menghempapnya di kawasan kuari di Jalan Kionsom dekat Kota Kinabalu pada kira-kira 2.45 petang semalam.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata mangsa yang dikenali sebagai Petrus Tupen Lanan, 45, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk dan bahagian belakang.
"Kejadian berlaku semasa mangsa, pemandu forklift menuruni bukit di kawasan kuari. Apabila sampai di satu selekoh, mangsa hilang kawalan dan forklift dipandunya terbalik dan menghempap mangsa," kata Chandra dalam kenyataan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Bernama

