Mangsa banjir meningkat di Labuan
Satu pusat pemindahan di Selangor ditutup hari ini berikutan banjir semakin surut, manakala jumlah mangsa di Labuan meningkat setakat pagi ini.
Di Shah Alam, pusat pemindahan mangsa banjir di surau Ladang Tuan Mee, Kuala Selangor yang menempatkan 32 individu daripada 10 keluarga ditutup 11.30 malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata penutupan itu menjadikan jumlah keseluruhan pusat pemindahan yang beroperasi setakat pagi ini ialah tiga buah berbanding empat semalam.
Pusat pemindahan lain yang masih dibuka ialah Sekolah Rendah Pasangan, Kampung Asahan, Kuala Selangor yang merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 131 orang daripada 35 keluarga.
Mangsa lain ditempatkan di Balai Raya Kampung Parit Mahang (102 orang) dan Balai Raya Bukit Kuching di Kuala Selangor (35 orang), katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
Seorang orang kurang upaya (OKU) menjadi antara mangsa baharu, dan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk di beberapa kampung terjejas akibat bencana alam itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata 14 mangsa banjir dari Kampung Sungai Bangat dan tanah runtuh di Kampung Sungai
Beliau berkata tanah runtuh di Kampung Sungai Bedaun, Simpang Ceramai yang hampir menimpa sebuah rumah berlaku beberapa minit selepas tengah malam tadi dan bomba membawa lapan anggota keluarga ke pusat itu selepas rumah yang didiami tidak selamat.
Naib Ketua UMNO Labuan Khalid Ghani berkata parti itu akan menyampaikan bantuan kepada mangsa untuk meringankan beban mereka.
- Bernama

