Laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, yang sepatutnya dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini akan hanya siap pada Februari tahun depan.

Ahli PAC Tony Pua berkata demikian ketika ditemui di luar pintu pagar bangunan Parlimen.

Katanya, punca kelewatan itu adalah kerana Ketua Audit Negara masih belum menerima beberapa dokumen-dokumen tertentu.

"Kami diberitahu bahawa mereka (Jabatan Audit Negara) baru sahaja menerima beberapa dokumen, tetapi masih belum mendapatkan dokumen-dokumen lain yang dijanjikan kepada mereka," katanya.

Walau bagaimanapun, PAC tidak diberitahu apa dokumen yang masih hilang untuk melengkapakan laporan audit ke atas 1MDB itu, kata Pua.

"Kami dimaklumkan bahawa laporan itu akan siap pada Februari," katanya kepada wartawan yang dihalang daripada membuat liputan siasatan PAC ke atas 1MDB hari ini.

Pua, bagaimanapun, enggan mendedahkan jika Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang hadir pada pendengaran PAC hari ini ada menjelaskan sebab ketidak-upayaan syarikat milik kerajaan itu untuk mengemukakan dokumen tersebut.

Sebelum ini, Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata laporan akhir Ketua Audit Negara dijangka dibentangkan kepada PAC semalam.

Katanya, terdapat beberapa individu lain dalam senarai PAC untuk dipanggil semula termasuk bekas Presiden MDB, Datuk Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

"Tan Sri Lodin dan Tan Sri Bakke Salleh akan datang jumpa PAC pada 19 dan 20 Januari (2016) , kedua-dua pengerusi dan bekas pengerusi 1MDB ini akan dipanggil secara berasingan," katanya.

Ditanya bila Shahrol akan dipanggil, ua berkata, tarikh berkenaan belum ditetapkan lagi.

"Pengerusi (Datuk Hassan Ariffin) belum tetapkan, hanya dua nama sudah ditetapkan tarikh. Ahli PAC yang lain turut minta Shahrol dan bekas CEO Hazeem (Abdul Rahman) dipanggil lagi," katanya.

[Baca berita penuh]