'IGP patut lebih profesional, neutral'

Geraldine Tong        

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya perlu kekal profesional ketika membuat kenyataan berhubung seminar anti-Kristianisasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kata Tan Sri Mohd Hishamuddin Mohd Yunus.

Menurut bekas hakim mahkamah rayuan itu, Khalid sepatutnya lebih profesional dalam sebarang kenyataan dibuatnya.

"Beliau mesti menunjukkan bahawa beliau seorang ketua polis, neutral dan penjaga keyakinan awam," katanya di sebuah forum awam di Kuala Lumpur hari ini.

Forum itu dianjurkan Majlis Peguam Malaysia.

Khalid sebelum ini mempertahankan pembabitkan pegawai polis di seminar diadakan di UiTM di Melaka.

Ditanya sama ada wujud sebarang larangan terhadap pembabitan anggota polis dalam seminar sedemikian Khalid berkata, mereka boleh berada di mana-mana tempat yang diperlukan.

Khalid juga berkata, polis dijemput untuk bercakap mengenai isu keselamatan berkaitan usaha memurtadkan Melayu Islam.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In