Malaysia sudah lama dianggap sebagai negara strategik untuk penyeludupan anggota badan haiwan liar dan produk berkaitannya ke negara Asian lain.
Tetapi bukti terkini daripada Traffic, pemantau perdagangan hidupan liar, menunjukkan peningkatan permintaan rakyat Malaysia untuk produk itu, terutamanya daripada pasaran makanan eksotik.
Menurut Pengurus Program Asia Tenggara Traffic Kanitha Krishnasamy, produk itu sama ada dibawa oleh penjual haiwan liar dari dalam negara atau penyeludup melalui jalan laut, lapor National Geographic .
Penyeludup juga kerap menukar modus operandi, kata Kanitha, menggunakan “kaedah canggih tersembunyi yang membuatkan sukar mengesan mereka”.
Produk haiwan, bahkan binatang hidup, sebagai contoh disembunyikan dalam kotak, tin atau guni dan ditanda sebagai kain baju dan kacang soya.
Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Abdul Kadir Abu Hashim berkata Malaysia hanya membenarkan restoran yang mempynyai lesen sah sahaja untuk menjual daging haiwan terkawal.
Memetik New Straits Times , National Geographic melaporkan ia seharusnya datang daripada sumber yang dianggap sah oleh kerajaan.
Bagaimanapun, tidak dinafikan terhadap restoran menjual produk haram yang kepada pelanggan tetap mereka.
Antara menu lain termasuk beruang, monyet, harimau bintang, kambing gurun dan cicak. Penyu Asia bercangkerang lembut, yang terancam pupus, kini semakin popular.
Bagaimanapun, kos untuk menikmati hidangan itu tidak murah.
Zakar buaya misalnya dijual sehingga harga AS$58 (RM249), mata harimau setiap satu AS$170 (RM729), daging tenggiling AS$300 (RM1,287) sekilogram dan sup harimau pula $320 (RM1,372) semangkuk dan.
