Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera termasuk empat parah dalam satu kemalangan bas di Chiang Mai, utara Thailand pada Ahad.

Ketika dihubungi Bernama malam ini, Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin berkata dalam kejadian 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) itu, seramai 22 rakyat Malaysia berada di dalam bas berkenaan selain beberapa penumpang lain yang belum dikenal pasti kewarganegaraan mereka.

"Pihak kedutaan sedang menunggu pengesahan mengenai pengecaman mayat rakyat Malaysia terbabit sebelum menghubungi waris mangsa di Malaysia.

"Berdasarkan sumber yang saya peroleh, rakyat Malaysia terbabit difahamkan berasal dari Johor," katanya.

Laporan agensi media antarabangsa, Xinhua , menyatakan bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap, ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.

- Bernama

Lihat Komen
ADS