Ali Tinju: Macam-macam boleh jadi, bos

   

Pembeli tidak harus dipersalahkan dalam insiden pergaduhan di kompleks membeli belah Kota Raya di ibu negara semalam, kata aktivis kontroversi Mohd Ali Baharom.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata pembeli tidak harus dipersalah jika peniaga tidak beretika dan tidak menghormati hak mereka.

Beliau juga mendakwa banyak kes hari ini menyaksikan peniaga menggunakan kekerasan, bercakap kasar dan menipu pembeli sehingga menyebabkan perasaan tidak puas hati.

“Jika terjadi pada kita atau keluarga anda macam-macam boleh terjadi bos,” kata ketua “Gerakan Merah” itu dalam Facebook beliau.

Dua individu dilapor cedera dalam pergaduhan di sebuah kedai telefon di kompleks itu semalam selepas sekumpulan pelanggan menuntut bayaran pembelian alat telekomunikasi itu.

Terdahulu, seorang pelanggan didakwa dikurung pekedai di kompleks itu selama empat jam dan hanya dilepaskan selepas membeli empat buah telefon bimbit.

Ali sebelum ini satu bantahan sebagai tindak balas atas kejadian itu, tetapi hanya kumpulan kecil 20 orang sahaja yang hadir.

Seorang suspek ditahan semalam manakala 14 lagi masih diburu dalam kes bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In