Menteri nafi cuba sabotaj industri vape

Kow Gah Chie        

Tiada usaha kakitangan Kementerian Kesihatan untuk mensabotaj industri vape dengan mewujudkan monopoli penjualan rokok elektronik, kata menterinya Datuk Seri Hilmi Yahaya.

Hilmi ( gambar ) berkata kerajaan hanya mengawal selia penggunaan tembakau dan nikotin yang tertakluk bawah Akta Makanan dan Akta Racun.

Kerajaan tidak akan bertindak melebihi undang-undang sedia ada dengan mengawal kandungan bahan itu, katanya di lobi parlimen.

Beliau mengulas dakwaan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah bahawa terdapat rancangan monopoli industri itu.

Ia, dakwa Ridzuan, dilakukan melalui sekatan yang hanya membenarkan syarikat diluluskan sahaja membekalkan barangan berkaitan vape.

Ridzuan juga mendakwa dua kilang yang bakal mengawal industri itu sedang dibina di Johor dan Shah Alam.

Hilmi bagaimanapun berkata tidak tahu menahu berkaitan dakwaan itu.

Beliau justeru enggan mengulasnya selagi belum mendapat laporan rasmi.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In