Dalam kalah, Miss Colombia tetap di hati peminat
GLOBAL Walaupun tidak memenangi pertandingan Miss Universe ke-64, namun Miss Colombia tetap dilihat sebagai juara.
Pada Ahad lalu, pengacara Steve Harvey secara tidak sengaja mengumumkan Miss Colombia Ariadna Gutierrez Arevalo, 21, sebagai juara Miss Universe.
Ia sebenarnya dimenangi oleh Miss Philippines, Pia Alonzo Wurtzbach.
Sebuah video yang dimuat naik di Facebook Miss Universe menunjukkan, Gutierrez tetap tenang ketika diajukan soalan sekiranya beliau ingin memberi ucapan kepada penyokongnya berhubung kesilapan itu.
"Setiap yang berlaku mempunyai sebab, saya gembira dengan segala apa yang saya dah lakukan untuk impian ini.
“Terima kasih kepada semua yang telah mengundi saya," kata Gutierrez sambil mengesat air matanya dan tersenyum.
A message from Miss Universe Colombia.
Posted by Miss Universe on Sunday, 20 December 2015
Beberapa peserta pertandingan Miss Universe yang turut berada di sebelahnya kemudian mengatakan "Kami sayang awak" dan mencium pipi Gutierrez.
Video yang mendapat 253,324 “like” itu turut mendapat komen yang memberi sokongan kepada peserta dari Colombia itu.
Antaranya ialah pengguna Facebook Malangpor W Poolphaka yang mengatakan: "Saya perlu memberi pelukan kepada anda Miss Colombia".
Ana Criss Velasques pula mengatakan: "Kami sayang anda! Anda ialah Miss Universe.
Alec Shneizcler pula berkata: "Anda adalah Miss Universe 2015 yang sebenar. Saya sayang anda. Bertabahlah."
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
