GLOBAL Seorang suami berusia 55 tahun di Nigeria mengugut menceraikan isterinya kerana memiliki badan berbau dan sangat pemalas.

Dalam laporan mahkamah kekeluargaan negara itu, Elder Musa Ajuwa berkata beliau tidak tahan lagi tidur bersama isterinya Hauwa, 30, dan ingin membubarkan perkahwinan mereka, lapor World Wide Weird News .

Selain bau badan teruk, Hauwa didakwa tidak memenuhi kewajipannya sebagai seorang isteri dalam perkahwinan tiga tahun mereka.

"Saya tidak tahu mengapa saya harus teruskan pernikahan ini. Isteri saya tidak boleh memasak atau mengemas rumah, dia sangat malas dan pengotor.

“Saya juga tidak boleh tidur dengan dia yang dia tahu cuma berdandan dan ke pesta, saya ingin bercerai,” Ajuwa dilaporkan sebagai berkata.

Kata Ajuwa lagi, beliau menikahi Hauwa kerana isteri pertamanya meninggal dunia.

Dengan bernikah dengan Hauwa beliau berfikir isteri barunya akan memasak dan menguruskan dirinya.

Bagaimanapun, Ajuwa berkata setiap sudut rumah mereka berbau busuk dan setiap bilik dipenuhi dengan pakaian kotor.

Malah, katanya, beliau tidak dapat mengadakan hubungan seks kerana Hauwa memiliki badan yang berbau.

Hauwa bagaimanapun menafikan semua tuduhan Ajuwa dan memberitahu mahkamah bahawa suaminya mahu beliau berpakaian seperti wanita tua walaupun baru berusia 30 tahun.

Hauwa berkata, beliau menghadapi kesulitan mengemas kerana rumahnya terlalu besar.

Mahkamah memberikan masa selama dua bulan kepada pasangan tersebut bagi melihat sama ada mereka boleh menyelesaikan masalah atau kes itu ditunda kepada sesi perceraian.