Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tubuh jawatankuasa kaji pindaan rang undang-undang MKN - DAP
Diterbitkan:  Dec 23, 2015 11:56 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Sebuah jawatankuasa khas perlu ditubuhkan dengan memasukkan ahli aarlimen dari pihak pemerintah dan pembangkang untuk mencadangkan pindaan baru kepada rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015.

Kajian itu kemudiannya boleh dikemukakan kepada sidang Parlimen Khas pada akhir Januari depan yang akan diadakan untuk mempertimbangkan kelulusan kepada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ini bermakna memanjangkan Parlimen Khas dari dua hari kepada empat hari untuk memasukkan perdebatan mengenai pindaan rang undang-undang MKN bagi menangani kelemahan dan kepincangannya.

"DAP dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan bersedia bekerjasama menyertai apa-apa jawatankuasa khas untuk mencadangkan pindaan kepada rang undang-undang MKN supaya ia dibentangkan kepada Parlimen Khas pada akhir Januari sebelum rang undang-undang itu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan menjadi undang-undang, "kata Lim.

Bagaimanapun, Lim sangsi jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri-menterinya akan menerima tawaran itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam berjanji bahawa kerajaan akan mengkaji segala kelemahan rang undang-undang MKN tetapi Lim tidak yakin janji itu akan ditunaikan.

"Bagaimana tulen jaminan itu apabila Shahidan sendiri menolak kebimbangan yang ditimbulkan oleh ahli parlimen pembangkang dan masyarakat awam. Malah rang undang-undang MKN secara tergesa-gesa diluluskan oleh Dewan Rakyat seperti 'pencuri pada waktu malam' tanpa notis awal ataupun rundingan?" soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS