Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Taklimat MITI tentang TPPA hanya propaganda
Diterbitkan:  Dec 23, 2015 6:23 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago membidas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamad berhubung satu taklimat mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menyifatkannya semata-mata propaganda, Charles berkata taklimat itu diberikan kepada mereka yang tidak tahu dan tidak membaca isu kandungan perjanjian itu.

"Dia sibuk mengumumkan sesi taklimat dan mengatakan semua perkara yang bagus, tetapi kritikan yang dibangkitkan tidak mendapat respon. Apa yang mereka lakukan adalah sejumlah propaganda," katanya kepada Malaysiakini .

Katanya, antara soalan yang tidak dijawab termasuk sama ada Malaysia akan melaksanakan perlindungan data lima tahun untuk ubat-ubatan biologik.

Tempoh perlindungan data yang lebih panjang membolehkan syarikat-syarikat farmaseutikal mengelakkan persaingan dan dengan itu membantu mereka menaikkan harga yang lebih tinggi.

Charles juga meminta taklimat akan datang menjemput pengkritik TPPA, supaya mereka boleh memberi maklum balas atas kenyataan Mustapa dan memberikan gambaran yang lebih adil.

Mengulas tuntutan Charles supaya sesi taklimat TPPA menjemput pengkritik perjanjian perdagangan itu, Mustapa berkata tumpuan kini adalah mengadakan taklimat dengan ahli-ahli parlimen bulan depan.

Beliau berkata ia sukar untuk menyusun masa yang sesuai untuk sesi itu kerana akan mengambil masa sepanjang hari.

Mustapa berkata demikian kepada Malaysiakini selepas mengadakan sesi taklimat setengah hari dengan sekumpulan individu, kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa universiti.

Antara soalan yang ditanya semasa sesi itu termasuk kebimbangan mengenai harga ubat-ubatan, dan sama ada syarikat-syarikat Malaysia boleh menghadapi persaingan asing di bawah TPPA.

[ Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS