Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Respon keras' polis, demo tol bertukar tempat
Diterbitkan:  Dec 28, 2015 11:43 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Perhimpunan membantah kenaikan tol pada Khamis ini bertukar tempat dari plaza tol Jalan Duta ke tol Sungai Besi, Selangor.

“Keputusan ini diambil berikutan respon keras yang diberikan pihak polis di samping persediaan pihak penganjur memandangkan lokasi baru ini lebih dekat dengan jalan keluar jika berlaku hal-hal yang tidak diingini seperti kecemasan, sewaktu berlangsungnya protes,” kata penganjur Shazni Munir Mohd Ithnin.

Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu juga berkata keputusan dibuat setelah berbincang dengan wakil NGO, kelab bermotor dan pegawai perubatan terlibat untuk bantahan itu.

Nama kempen juga ditukar dari #ShutdownJalanDuta kepada #ShutdownSungaiBesi.

Shazni juga menasihatkan pengguna trafik yang tidak mahu terlibat dengan protes untuk menjauhi laluan masuk Plaza tol itu bagi mengelakkan ketidakselesaan.

Lapan tol di ibu kota menyaksikan kenaikan harga sebelum ini.

Lihat Komen
ADS