Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan negeri Selangor masih belum memutuskan sama ada akan memperuntukkan Parti Amanah Negara (AMANAH) kerusi majlis tempatan walaupun tempoh perkhidmatan ahli majlis itu akan berakhir pada Khamis ini.

Exco Selangor, Ean-Yong Hian Wah berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan negeri telah memutuskan untuk memperuntukkan mana-mana kerusi untuk parti serpihan PAS yang berusia tiga bulan itu.

Selangor mempunyai 288 ahli majlis - 120 kerusi diperuntukkan kepada PKR manakala DAP dan PAS masing-masing mendapat 98 dan 70 kerusi.

"Setakat yang saya tahu, ketiga-tiga parti telah memutuskan senarai mereka (ahli majlis). Walau bagaimanapun, kerajaan negeri belum membuat keputusan berhubung senarai itu," katanya pada sidang media di Serdang hari ini.

"Terpulang kepada menteri besar Selangor untuk membuat keputusan jika ada kerusi akan diperuntukkan kepada AMANAH, keputusan masih belum dibuat.

"Menteri Besar masih berbincang dengan ketiga-tiga parti.

"Mudah-mudahan, perlantikan boleh dilakukan bulan depan," katanya.

Walaupun menjadi exco bagi kerajaan tempatan, pembangunan kampung baharu dan pemutihan kilang haram, Ean Yong berkata beliau tidak bertanggungjawab mengenai pelantikan ahli majlis.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS