Global I Pegawai tertinggi Korea Utara yang bertanggungjawab mengendalikan hubungan bersama Korea Selatan meninggal dunia dalam kemalangan kereta.

Berita kemalangan itu dilaporkan oleh media tempatan yang mana menimbulkan persoalan sama ada hubungan kedua-dua negara jiran itu akan berakhir.

Kim Yang-gon merupakan pegawai tertinggi dalam kerajaan pimpinan Kim Yong-un iaitu sebagai setiausaha jawatankuasa pusat Parti Pekerja dan sejak 2007 beliau menjadi ketua Jabatan Barisan Bersatu yang bertanggungjawab menguruskan hubungan negara tersebut dengan Korea Selatan, lapor The Independant.

Pegawai berusia 73 tahun itu telah membantu meredakan antara dua negara Korea tersebut pada Ogos selepas dua askar Korea Selatan cedera dalam tembakan meriam dan letupan periuk api yang kononnya dimulakan oleh Korea Utara.

"Dengan mengambil kira dasar Korea Selatan, Kim Yang-gon mempunyai rangkaian sosial yang sangat baik dan merupakan jurucakap yang baik untuk Utara kepada Selatan," kata Michael Madden, seorang pakar dalam kepimpinan Korea Utara.

Pemimpin diktator Korea Utara, Kim Yong-un telah menggulingkan sesiapa sahaja yang dilihat sebagai ancaman kepada kuasanya- termasuk bapa saudaranya Jang Song Thaek pada 2013.
Pakar juga mempersoalkan beberapa kecurigaan berhubung kematian di jalan raya yang melibatkan pegawai peringkat tertinggi kebelakangan ini.

Tetapi, mereka juga mengatakan jalan raya di Korea Utara diselenggara dengan tidak bagus.

Pengebumian Kim Yang-gon akan diadakan esok.