Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA gesa Jepun bayar pampasan pada mangsa seks Malaysia
Diterbitkan:  Dec 30, 2015 8:00 PM
Dikemaskini: 12:20 PM

MCA hari ini menggesa kerajaan Jepun supaya membuat bayaran pampasan kepada wanita Malaysia yang dipaksa menjadi hamba seks sepanjang Perang Dunia Kedua.

Ini berikutan permohonan maaf Jepun kepada wanita mangsa seks di Korea Selatan dua hari lalu dan janjinya untuk membayar 1 bilion yen (RM35.66 juta) kepada mereka.

Menurut Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong, kerajaan Jepun perlu mengakui bahawa wanita Malaysia juga menjadi mangsa sepanjang perang berkenaan.

Justeru, permohonan maaf harus dilakukan, katanya seperti dipetik oleh Sun Daily .

"Memandangkan ini, kami sedang menanti bayaran dan keadilan untuk mangsa yang mengalami kesakitan emosi semasa pengalaman pahit itu," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata "bayaran pampasan" hendaklah disalurkan kepada badan-badan amal dan bukan untuk kegunaan peribadi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS