Malaysia berusaha memastikan harga tambang pergi balik perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura berada bawah RM400, menurut laporan yang memetik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata tiket akan dipastikan mampu dibeli semua pihak, termasuk ahli perniagaan dan pengguna biasa.

“Walaupun pulangan pelaburan akan ambil masa lebih lama, pengendali mempunyai beberapa pilihan untuk mendapatkan hasil daripada pelaburan dalam projek itu,” lapor Strait Times yang memetik Business Times .

Kereta api itu dirancang daripada Jurong East, Singapura ke Kuala Lumpur dengan masa dijangka lebih cepat sehingga 90 minit.

Tujuh perhentian dirancang dalam projek sepanjang 340km yang menelan belanja RM40 bilion itu.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa tambang pergi balik akan bernilai antara RM600 hingga RM800.