Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mungkinkah tahun babi kalender Cina pula diharamkan?
Diterbitkan:  Jan 4, 2016 2:17 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

Laporan Malaysiakini berhubung laporan penyingkiran watak manusia bermuka babi daripada papan iklan besar filem fantasi aksi Hong Kong Journey to the West – The Monkey King 2 yang dijadual ditayangkan pada tahun baru Cina mendapat reaksi menarik dari pengguna internet khususnya di Facebook.

Rata-rata warga maya bersetuju bahawa langkah itu adalah tindakan bodoh dan ramai yang terkejut dengan ketdak-matangan tindakan tersebut.

Malah, ada yang menyindir bahawa tahun baru ‘babi’ mengikut kalender Cina bakal seterusnya diharamkan, manakala seorang lagi menyatakan kekesalannya sedangkan negara lain sibuk menerokai program angkasa lepas, Malaysia pula sibuk menjaja isu ‘babi’.

Poster asal, oleh sebuah produksi China dan Hong Kong, menunjukkan sami Tang Sanzang dan muridnya Raja Monyet King Sun Wukong, Sha Wujing dan Zhu Bajie.

Zhu Bajie, separuh manusia separuh babi, digambarkan berada di sebelah kanan Raja Monyet dalam poster itu tetapi tiada dalam papan tanda di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Watak Zhu Bajie juga tiada dalam poster di laman web rasmi rangkaian pawagam besar Golden Screen Cinemas dan TGV Cinemas.

Journey to the West, antara karya agung terpenting China, mengisahkan perjalanan seorang sami ke wilayah Barat bagi mendapatkan teks suci bersama tiga anak muridnya.

Filem itu dibintangi Aaron Kwok sebagai Raja Monyet, Feng Shao Feng (sami), Him Law (Sha Wujing) dan pelawak Xiao Shen Yang (Zhu Bajie)

Ia bakal ditayangkan pada Tahun Baru Cina yang jatuh pada 8 dan 9 Feb ini.

Berikut adalah himpunan beberapa komen menarik daripada pengguna internet mengenai isu ini:

Amulets Ice Ice Nanti Tahun BABI pada Tahun Baru Cina pun diharamkan .....termasuk rumah terbuka ,iklan dan semua yg berkaitan dengan perkataan dan gambar BABI....

Wan Abd Hamid aku layan ape crita ni.. journey to the west... babi pon babi lh... layan jer.. yg haram hanya makan babi.. tgk x pe..

Yadin Ny Nyadin Negara lain sibuk bina roket nk p angkasa lepas.. kita dok sibuk reyuh kes gambaq babi.. adeh...

Nur Aisyah Vivian Mah Aduh.. Apa masalahnya? Babi pun kena 'BANNED' ka?! Haritu spender,pastu keris, then bumbung rumah lambang salib, now BABI da hilang....Yang peluk2 kat dalam drama melayu nape tak BAN??? Sudah2 la *annoyed*

Murah Rezeki Bodoh nye lahai , mana lah letak akal korang , dah lah bodoh lepas tu tak reti nak belajar , babi betul lah ...

Klau ko nmpak babi kt hutan haram ke hah ! Babi???

Babi tu haram klau ko makan klau ko pegang, di halalkan bila darurat , waktu babi jatuh longkang ko tolong keluarkan, waktu kelaparan smpai ko x jmpe daging selain babi , ko makan lah tp jngn sampai mengenyangkan , guna lah akal jngn bodoh sangat ..

Ldy Tia Jazzmine Zainal Babi pun haiwan ciptaan Allah jge, tp salah ke kalo cuma digambarkan watak dlm crita.. Malaysia nie pun bkn negara Islam, cuma Islam adalah agama rasmi dlm Malaysia.. Jgn lah agama dipergunakan utk alasan yg tak masuk akal..

Aziz Mohd Zaini Apa pasal kasi buang, bukan boleh makan pun, apalah gambar babi pun takut, dulu masa sy kerje veterinar hari2 masuk kandang babi, takde hal pun, apalah Malaysia ni, palang takut, gambar babi takut, tapi tuhan tak takut, ramai orang melayu minum arak, main judi, cari pelacur, rompak, bunuh orang, macam2 lagi, tidak ada saper bising dan marah.

Shaiful Putra Bin Zakaria Salah satu karya sastera hebat dari negara cina. Malaysians should watch this movie. Banyak nilai yang boleh dihayati dari setiap watak yang ada.

Firuz Izzudin Dgn babi dia pnya geli tak hengat pnyer ,tp kalau naik motor bonceng awek yg bkn mahram xde msalah ,babi tu siapa yg cipta ya? Tuhan sami cina ker ..sempit nya fikiran org kita trutama melayu ,poster jer ..bkn suruh ko mkn pn ..sengal.

Fakrul Nizam Manusia babi jd isu besar. Apa hal? Banggang ke apa? Banyak lg isu penting dan besar benteraslah. Zina, arak, rasuah, samseng. Babi jugak yg disibukkan. Nasib engkaulah babi....!!!

Nazri Gano Cerita itu semua dongengan atau Lagenda..Babi pun makhluk Allah Taala jgk..x baik menghina haiwan tu..cuma org Islam ja yg x boleh mkn..non Muslim boleh mkn..x da masaallah..


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS