16 Jan teka-teki AMANAH dapat kerusi PBT terjawab
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pengumuman mengenai perkhidmatan ahli majlis tempatan di Selangor tetap akan diumumkan dan tiada penangguhan akan berlaku.
Azmin juga berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dan beliau percaya kerajaan negeri akan mempertimbangkan penyertaan semua parti politik sebagai ahli majlis.
"Ia bukan isu. Perkara itu telah dibincangkan dan saya percaya kerajaan negeri akan menimbangkan penyertaan semua parti politik.
"Kita akan membuat keputusan dan akan berkuat kuasa pada tarikh 16 Januari. Tak ada penangguhan dan akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Bas Percuma Smart Selangor hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung sama ada kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk memperuntukkan mana-mana kerusi majlis tempatan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).

