Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu SRC International dan derma RM2.6 bilion ringgit akan turut ditolak

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi.

Justeru, nasib sama akan menimpanya seperti berlaku terhadap laporan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung isu 1MDB sebelum ini, lapor FMT News.

“Saya percaya dulu Bank Negara Malaysia (BNM) juga hantar laporan. BNM ini bukanlah satu badan yang tiada peraturan.

“Mereka buat penyelidikan secara terperinci dan mempunyai bukti-bukti yang mana kes ini perlu dibawa ke Mahkamah. Tetapi peguam negara tolak (ketepikan kes) bulat-bulat.

“Jadi, saya tidak akan berasa pelik kalau peguam negara tidak tolak. Saya ingat dia (peguam negara) akan menolak (laporan SPRM mengenai siasatan SRC International dan RM2.6 bilion),” katanya .

Bagaimanapun, dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT di Putrajaya, perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu menegaskan bahawa ia hanya ramalan beliau.

“Saya fikir dia tidak akan bawa ke mahkamah kerana sebab-sebab tertentu,” beliau dipetik sebagai berkata.