NGO sokong Anwar dicalon untuk Anugerah Nobel Keamanan
Sebanyak 10 NGO tempatan menyatakan sokongan agar bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan 2016.
Diketuai aktivis gerakan reformasi 1998, Pengerusi Otai Reformasi Saari Sungib berkata mereka dimaklumkan mengenai pencalon Anwar oleh pihak yang tidak didedahkan.
Sokongan mereka, katanya, sebahagiannya berdasarkan pengiktirafan kumpulan hak asasi Amnesty International terhadap Anwar sebagai "banduan nurani" yang mesti dibebaskan.
"Beliau (Anwar) telah dua kali diiktiraf sebagai banduan nurani oleh Amnesty International dan Amnesty juga dua kali dianugerahkan Hadiah Nobel," katanya.
Sebagai sebahagian daripada kempen berterusan mereka untuk membebaskan Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana tuduhan liwat, Saari mengumumkan perhimpunan bertemakan 'Bebaskan Anwar, Selamatkan Negara' akan diadakan di Dataran Merdeka pada 3 April.
Saari berkata pada 2 April akan diadakan konvensyen Reformasi dengan melibatkan peserta dari beberapa negara seperti Indonesia, Timor Leste, Filipina dan Tunisia.
Berita penuh menyusul

