Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mercedes-Benz CLA200 menanti pemenang Petronas
Diterbitkan:  Jan 5, 2016 4:41 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

Sebuah Mercedes-Benz CLA200 bernilai RM233,888 merupakan hadiah utama dalam kempen 'Pump N Win' bagi ahli Kad Mesra Petronas yang bermula hari ini dan berakhir 20 Feb.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata hadiah lain termasuk sebuah Proton Iriz, sebuah Piaggio Vespa dan sebuah basikal lipat JAVA.

"Pemenang Mercedes-Benz, Proton Iriz dan Vespa, masing-masing juga akan menerima wang tunai RM1,000 dan minyak percuma bernilai RM500," katanya kepada pemberita pada pelancaran kempen itu di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata juga terdapat 1,600 hadiah sagu hati dengan setiap pemenang akan menerima mata ganjaran kad Mesra 3,000.

Ahli Kad Mesra layak menyertai kempen itu jika mereka membeli minyak bernilai RM40 di stesen Petronas dan mengimbas Kad Mesra mereka.

Mohd Ibrahimnuddin berkata kempen itu antara banyak inisiatif yang sedang diperkenalkan oleh syarikat bagi memberi nilai tambah kepada pelanggannya menerusi rangkaian peruncitan syarikat membabitkan 1,000 stesen Petronas dan 750 750 'Kedai Mesra' di seluruh negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS