Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rani Kulup: Raja repot pun kena angkut, haram ja***

Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini 'diangkut' pihak berkuasa bagi memberi keterangan berhubung anugerah 'Datuk Paduka Mahkota Melaka' yang diterimanya, baru-baru ini.

Abdul Rani atau lebih gemar membahasakan dirinya sebagai 'ayah’ pada mulanya mahu memberi keterangan di sebuah restoran mamak, bagaimanapun dibawa ke Balai Polis Gombak.

Sebelum ini Rani yang terkenal dengan julukan 'Raja Repot' menerima 'anugerah' daripada Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka.

Bagaimanapun, majlis penganugerahan pingat itu tidak diiktiraf dan Noor Jan kini disiasat di bawah Akta Hasutan.

Beliau kelihatan tenang ketika memasuki balai polis tersebut bagi memberi keterangan dan membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

“Lima tahun saya berkecimpung dalam report polis hingga saya gelar king of report . (Tapi) Raja Report Malaysia kena angkut hari ini dan ini sungguh haram jad**.

“Memang orang kata Raja Report akan kena, jadi inilah, dah kena dah. Tapi kena ayah pun kena bersebab, atas fakta kes yang sangat berbelit-belit,” katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Gombak.

Abdul Rani yang memberikan keterangan selama lebih tiga jam turut mengakui gelaran ‘Datuk’ yang diterimanya tidak sah kerana Kesultanan Melayu Melaka telah lama berakhir.

“Saya nak bagitahu, benda (gelaran) ini tidak diiktiraf yang mana institusi Kesultanan Melaka sudah berakhir.

“Ini wujud pula sultan Noor Jan, mengikut fakta dia sendiri,” katanya yang tidak lekang dengan cermin mata hitam.

Isu Noor Jan kembali hangat apabila majlis penganugerahan itu melibatkan beberapa individu yang kerap mendapat perhatian dan menjadi viral di media sosial termasuk Abdul Rani.

Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan bawah akta sama, selepas mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Lihat Komen
ADS