Tujuh lelaki Vietnam layan pelanggan dalam keadaan bogel
Tujuh lelaki rakyat Vietnam, semua mereka dalam keadaan bogel, ditahan dalam serbuan di sebuah pusat urut di Perai Jaya, di Butterworth, semalam.
Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang Abdul Rahman Hassan berkata tujuh lelaki berusia antara 20 dan 33 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 4.25 petang kerana didapati melanggar syarat pas lawatan sosial dan bekerja tanpa permit..
"Semasa serbuan terdapat pekerja dan pelangan di pusat urut itu ... tujuh lelaki Vietnam itu bekerja di situ dan melayan pelanggan ... semua mereka dalam keadaan bogel," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Rahman berkata turut ditahan enam lelaki tempatan berusia 30 hingga 50 tahun yang merupakan pelanggan di pusat urut itu untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan.
"Selain itu, kami juga menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang merupakan penjaga pusat urut itu bagi membantu siasatan. Usaha mengesan pemilik premis berkenaan giat dijalankan," katanya.
Beliau berkata berdasarkan siasatan pusat urut itu telah beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan selain menawarkan perkhidmatan mengurut, premis terbabit turut menawarkan khidmat seks.
- Bernama

