Keputusan kontroversi MAS mengehadkan bagasi dalam penerbangan ke eropah dipercayai disebabkan syarikat penerbangan itu memilih laluan lebih panjang berbanding pesaingnya.

The economist yang berpengkalan di London berkata MAS mengalami kesan apabila salah satu pesawatnya ditembak di timur Ukraine pada tahun 2014 dan merasakan perlu mahir menggunakan laluan selamat.

Siasatan data penerbangan baru-baru ini menunjukkan perbezaan besar dalam laluan dipilih MAS berbanding syarikat enerbangan seperti Singapore Airline, British Airways dan KLM.

Kebanyakan penerbangan mengambil jalan yang lebih pendek ke atas Iran, Turki, Laut Hitam dan Rusia atau Hungary, bagi mengelakkan Ukraine sepenuhnya.

MAS kebanyakannnya mengikut laluan itu sehingga 25 November tetapi memilih untuk terbang melintasi bahagian Ukraine.

Sejak itu, MAS bagaimanapun telah mengambil laluan ke arah selatan melintasi Arab Saudi, Mesir dan Mediterranean.

Hasil laluan di koridor selatan ini, jarak antara Kuala Lumpur dan Amsterdam meningkat kepada hampir 7,000 batu, hampir dengan julat maksimum Boeing 777-200 ER itu

"Oleh itu, keadaan tidak menentu sekarang telah memaksanya untuk meringankan muatan," kata Economist.

Penerbangan ke Paris dan Amsterdam menggunakan Boeing 777-200E, yang mempunyai rangkaian lebih pendek 7,065 batu nautika berbanding penerbangan di London. Laluan Airbus A380 itu mempunyai jarak sekitar 8,500 batu nautika.

Baca berita penuh