Penumpang Israel enggan benar pesawat berlepas
GLOBAL Satu penerbangan dari Athens ke Tel Aviv tertangguh selama hampir dua jam selepas sekumpulan penumpang Yahudi Israel enggan membenarkan pesawat yang dinaiki bersama rakyat Palestin berlepas.
Malah, penumpang Yahudi itu turut dilaporkan mendakwa rakyat Palestin tersebut sebagai "pengganas".
Penerbangan Aegean Airlines 928, terhenti di landasan kapal terbang pada malam Ahad lalu kerana perbalahan yang berterusan antara penumpang Yahudi yang menghalang kapal terbang daripada berlepas, lapor The Independant .
Penumpang Yahudi itu berdiri sehingga dua penumpang rakyat Palestin itu dikeluarkan.
Kakitangan pesawat Greek itu pada mulanya tidak memahami punca pertikaian tersebut dan tetap meneruskan persediaan bagi kedua-dua penumpang dari Baitulmuqaddis Timur itu sehingga mereka dihujani dengan pelbagai dakwaan.
Penumpang Yahudi itu mendakwa, warga Arab-Israel boleh menjadi "pengganas" dan menuntut supaya mencari barang-barang mereka walaupun selepas dua penumpang berkenaan meninggalkan pesawat yang mana permintaan itu ditolak oleh pramugara.
Selain itu, laman web untuk menjejaki kapal terbang, Flight Aware menunjukkan pesawat berkenaan dijadualkan untuk berlepas pada jam 10.30 malam waktu tempatan tetapi tidak berlepas sehingga jam 12.24 pagi disebabkan penumpang Tel Aviv berkenaan.
Sementara itu, jurucakap Aegean Airlines mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu bahawa sekumpulan kecil penumpang yang "sangat lantang dan berterusan meminta supaya dua penumpang lain diperiksa kerana isu-isu keselamatan.
"Walaupun ia dikesali kerana mereka mungkin menyentuh hal perkauman pelanggan, dan iturakan Israel mereka, tetapi kerana hal keselamatan perlu diutamakan, juruterbang terpaksa menangguhkan penerbangan dan menelefon polis bagi memeriksa sekali lagi dokumen serta pengenalan diri dua penumpang berkenaan," kata jurucakap itu.
Dokumen-dokumen itu kemudian telah diperiksa tetapi jurucakap berkenaan memberitahu, kelewatann pesawat untuk terbang juga disebabkan oleh jumlah penumpang yang lebih besar turut memberi respon walaupun telah diberi jaminan oleh anak kapal.
Penumpang Palestin itu kemudian ditawarkan hotel percuma dan penerbangan pada hari berikutnya. Mereka kemudian menerima tawaran itu dan kemudian barangan mereka dikeluarkan daripada pesawat.
"Kami juga tawarkan kepada mana-mana penumpang lain yang berkemungkinan untuk turun sekiranya mereka berasa tidak selamat," kata jurucakap Aegean itu.
"Seluruh kejadian ini menyebabkan penangguhan penerbangan selama lebih daripada 1 jam 30 minit, ia sangat dikesali dan kami bersyukur bahawa kedua-dua penumpang itu bersetuju untuk menaikki pesawat pada hari berikutnya.
"Kami mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada kedua-dua penumpang yang bersetuju untuk turun kerana memahami keadaan dan kerjasama mereka dan kami memohon maaf bagi keseluruhan kejadian," katanya.
Kejadian ini berlaku ekoran keganasan yang berterusan di Israel dan wilayah Palestin yang dijajah di mana seramai 23 rakyat Israel terbunuh dan 132 rakyat Palestin- yang kebanyakkannya didakwa sebagai penyerang, ditembak mati oleh pasukan keselamatan sejak awal Oktober tahun lalu.

