Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN Umno spekulasi PAS S’gor bakal disingkirkan
Diterbitkan:  Jan 7, 2016 5:27 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Seorang ADUN Umno melahirkan kebimbangannya bahawa Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali akan menyingkirkan PAS dari kerajaan negeri Selangor.

Menurut ADUN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif yang dipetik portal Umno Online , semalam, kegagalan Azmin untuk menjawab seolah-olah menggambarkan bahawa ada agenda tersembunyi bahawa PAS bakal disingkirkan di negeri itu.

Shahrum membuat spekulasi itu berikutan parti itu kini bukan lagi sekutu gabungan pembangkang baru yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Katanya, peruntukan lapan kerusi majlis tempatan kepada ahli AMANAH juga boleh membuka jalan bagi Azmin menyingkirkan PAS daripada barisan exco kerajaan negeri.

“Bila kerusi diperuntukkan kepada AMANAH maka tidak mustahil selepas ini kerusi exco juga akan dituntut oleh AMANAH. Maka parti mana pula yang akan dijadikan kambing hitam?

“Mana mungkin kerusi DAP diganggu-gugat kerana umum mengetahui bahawa DAP tidak mungkin sanggup mengorbankan sebarang hak kepunyaan mereka.

“Yang bakal menjadi mangsa sudah pasti PKR sendiri dan PAS yang kini dipandang sepi,” katanya.

Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, semalam mengumumkan bahawa AMANAH akan mendapat lapan kerusi majlis tempatan dan bukannya 24 seperti yang dimohon parti itu.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan AMANAH masih berunding untuk lebih banyak kerusi.

Lihat Komen
ADS