Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jangan nilai sebelum baca alasan penghakiman: Ketua Hakim

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, walaupun badan kehakiman mengalu-alukan kritikan, namun, rakyat perlu membaca penghakiman mereka sebelum melontarkan bidasan.

"Ini adalah sebahagian daripada akauntabiliti badan kehakiman. Saya mahu orang ramai untuk meneliti penghakiman kami dan memberitahu di mana kami membuat silap.

"Tetapi mereka tidak berbuat demikian, sebaliknya melabelkan kita sebagai kejam dan dengan nama-nama yang tidak sepatutnya... Ini tidak wajar kerana ia bukan kritikan.

"Itu membidas badan kehakiman tanpa membaca penghakiman. Mengkritik badan kehakiman berhubung penghakiman kami sentiasa dialu-alukan kerana ia sebahagian daripada tradisi undang-undang lazim," katanya.

Arifin berkata bahawa tiada siapa yang pernah ditangkap kerana membidas alasan penghakiman.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS