Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khutbah: Apa dalam vape? Syabu, ganja, dadah?
Diterbitkan:  Jan 8, 2016 2:22 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Khutbah Jumaat untuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini membangkitkan apa sebenarnya bahan digunakan dalam perasa vape.

“Apa yang dibimbangi ialah kebanyakan orang yang membeli e-rokok ini tidak mengetahui kandungannya, siapa pembuatnya, dan apa yang dimasukkan ke dalamnya seperti syabu, ganja, dadah dan mungkin perisa-perisa berbahaya.

“Lebih membimbangkan apabila penjual membancuh sendiri cecair mengikut permintaan pelanggan tanpa mengetahui isu kandungan dan sukatannya,” katanya.

Mimbar juga berkata, berdasarkan jurnal-jurnal perubatan, vape turut disalah guna untuk menghisap dadah selain mengandungi bahan kimia yang boleh mengakibatkan kanser.

Khutbah juga menolak penggunaan vape bagi membantu perokok tegar berhenti daripada amalan buruk itu.

“Disebabkan warna dan kepelbagaian rasa yang ditawarkan, vape juga boleh membuka ruang sera menarik golongan bukan perokok khususnya anak-anak untuk mencubanya,” menurut teks khutbah hari ini.

Khutbah Jumaat di Selangor hari ini berjudul “Vape: alat yang membinasakan”.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS