Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Soalan lazim: Bauksit dari A sampai Z
Diterbitkan:  Jan 8, 2016 7:18 PM
Dikemaskini: 11:53 AM

Kerajaan pada Rabu lalu mengumumkan penangguhan tiga bulan terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan selepas aduan debu dan lautan menjadi merah, dikhuatiri tercemar.

Tetapi apa sebenarnya bauksit dan kenapa isu itu menjadi perhatian ramai?

Apa itu bauksit?

Bauksit ialah bijih aluminium dan salah satu sumber utama aluminium dunia.

Ia digunakan untuk pembuatan tin makanan dan minuman selain selongsong ( casing ) telefon bimbit.

Adakah ia benar-benar bahaya?

Pendedahan kepada bauksit boleh menyebabkan penyakit pernafasan dan kulit tetapi tidak terdapat kajian kukuh menyebut terdapat kesan buruk terhadap kesihatan.

Pendedahan kepada aluminium pula bagaimanapun dikaitkan dengan masalah alzheimer.

Pahang bagaimanapun tidak terdedah daripada sisa pengilangan kerana tidak memproses bauksit kepada aluminium oksida sebelum dieksport.

Apa masalah sebenarnya?

Bauksit tidak berapa berbahaya tetapi tidak pada benda-benda lain yang terhasil ketika penggaliannya.

Ini termasuk logam berat yang menyebabkan Kuantan bertukar merah – dengan debu dan airnya.

Ujian Jabatan Alam Sekitar di Sungai Riau, Mabok dan Pinang di Kuantan pada November lalu mendedahkan tahap bahaya aluminium, ferum dan raksa.

Logam-logam ini akan memberikan kesan amat buruk jika mencemarkan air atau ikan-ikan dalamnya.

Sebagai contoh, keracunan raksa boleh menyebabkan kerosakan otak, buah pinggang dan malah kematian.

Bagaimana semua ini bermula?

Perlombongan bauksit di Kuantan bermula pada 2014 selepas Indonesia mengharamkan eksport bauksit bagi menggalakkan pertumbuhan industri aluminium tempatan.

Malaysia justeru menjadi pembekal utama bauksit kepada China.

Perniagaan yang berkembang pesat itu menjadikan penduduk setempat kaya raya dalam sekelip mata apabila pelombong menawarkan wang tunai untuk mengggali bauksit di tanah mereka.

Kerajaan Pahang juga dapat untung?

Tidak semestinya. Kerajaan Pahang hanya mengutip RM46.7 juta daripada royalti eksport tahun lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata jumlah ini sepatunya lima kali ganda. Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti ketirisan.

Apa status sekarang?

Kerajaan pusat dan negeri mengumumkan penangguhan sementara aktiviti perlombongan yang akan bermula pada 15 Januari.

Dalam tempoh tiga bulan, syarikat perlombongan harus menghabiskan stok masing-masing dan kemudian mewujudkan pusat bagi kerja-kerja pembersihan bauksit tanpa merosakkan alam sekitar.

Jika infrastruktur ini dibentuk, pihak yang mempunyai lesen boleh terus melombong bauksit di kawasan itu.

Adakah isu ini dapat diselesaikan?

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata proses pemulihan akan menjadi sebahagian daripada proses moratorium.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bagaimanapun ia akan dibuat.

Proses perlombongan bauksit berpotensi menjadikan Kuantan tanah gersang selepas banyak tanahnya dikorek dan meninggalkan cuma batu-batu.

Ia sekali gus menyukarkan penanaman tumbuhan.

Kerajaan juga berkata merancang mengenakan peraturan lebuh ketat semasa tempoh moratorium.

Anggota parlimen Kuantan Fuziah Salleh bagaimanapun berkata belum terdapat sebarang rancangan membendung perlombongan berhampiran aliran air yang boleh menyebabkan pencemaran.

[Baca tulisan asal]

Lihat Komen
ADS