Polis menahan dua lelaki berusia 21 dan 25 tahun kerana didakwa mengganggu seorang pemandu lelaki di Lebuh Raya Kesas, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, berdasarkan video dan gambar diambil dari telefon bimbit mangsa, polis berjaya mengesan motosikal suspek, lapor Star Online .

Katanya, dua lelaki berusia antara 21 dan 25 tahun itu kemudian ditangkap pada hari Ahad.

Apabila disoal siasat, suspek mendakwa mereka marah kerana mangsa memandu laju dan secara berbahaya, kata ACP Shahrul Othman semalam.

Mereka mendakwa bahawa mangsa hampir merempuh mereka.

Suspek kini di lokap pusat Jijang dan akan direman pada hari ini.