Ke mana 1MDB belanja RM1.6 bilion sukuk, soal Rafizi
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan mana dana RM1.6 bilion daripada Sukuk Murabahah terbitan 1MDB yang sepatutnya digunakan bagi kerja-kerja pemindahan dan menaiktaraf lapan pangkalan tentera udara di seluruh negara.
Katanya, perkara itu masih berbangkit kerana ia sebahagian daripada urusniaga jual beli ekuiti projek Bandar Malaysia sedangkan 1MDB meminjam RM2.4 bilion pada tahun 2014 bagi membiayai kerja-kerja tersebut.
Rafizi berkata ia turut dipertikaikan memandangkan sebelum ini 1MDB dalam kenyataanya memaklumkan baki pembiayaan yang perlu bayar kepada kontraktor yang terlibat adalah RM1.9 bilion.
Ini bermakna daripada Sukuk Muharabah itu hanya sejumlah RM800 juta yang digunakan.
“Ini bermakna sejumlah RM1.6 bilion dari Sukuk Murabahah yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kerja-kerja itu tidak digunakan bagi tujuan itu.
“Ke mana dana berjumlah RM1.6 bilion ini dan bagi tujuan apa ia telah digunakan?” soal Rafizi yang juga adalah Setiausaha Agung PKR.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
“Kenapa bebanan kewangan untuk memindahkan dan menaiktaraf pangkalan-pangkalan tentera masih lagi berbangkit sehingga menjadi sebahagian urus niaga jual beli Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) sedangkan 1MDB meminjam RM2.4 bilion dalam tahun 2014.
“Ini bermakna sejumlah RM1.6 bilion dari Sukuk Murabahah yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kerja-kerja itu tidak digunakan bagi tujuan itu.
“Ke mana dana berjumlah RM1.6 bilion ini dan bagi tujuan apa ia telah digunakan?” soal Rafizi yang juga adalah Setiausaha Agung PKR pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Rafizi pada masa sama mengulangi dakwaannya bahawa penglibatan syarikat China iaitu Railway Express Coorperation Limited dalam pemindahan semula kem tentera di Sungai Besi berisiko memberi implikasi kepada pertahanan negara.
Sebelum ini, 1MDB dianugerahkan tanah Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi untuk dibangunkan dan sebagai pertukaran, syarikat pelaburan itu perlu menaiktarafkan lapan pangkalan yang lain dan satu kem polis udara.
Lapan Kem itu ialah Kem TUDM Sendayan, Ipoh, Butterworth, Gong Kedak, Kuantan, Subang, Kajang dan Pangkalan Gerakan Udara Polis DiRaja Malaysia ( PDRM) Subang.

