Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengamal perubatan tradisional didakwa cabul pesakit

Seorang pengamal perubatan tradisional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Teluk Intan hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang pesakit awal bulan ini.

Roslan Omar, 44, dituduh melakukan kesalahan itu ke atas seorang wanita berumur 31 tahun semasa proses rawatan di sebuah rumah di Jalan Pasar Bagan Datoh dekat Teluk Intan antara pukul 3 pagi hingga 6 pagi, 2 Jan lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Safiyatun Ahmadun.

Majistret Siti Hanum Mohmad Sah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Feb untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS